Sebenarnya, soalan-soalan yang ditanyakan oleh sahabat-sahabat ini, semuanya pernah terlintas di fikiran ana juga. Malahan, pelbagai soalan lagi telah singgah di fikiran ana. Tapi, tatkala diri ana berfikir-fikir dan menghitung baik buruknya langkah ana ke arah perkahwinan, soalan-soalan di bawah kembali menenangkan fikiran yang kusut ini."Beraninya Nazma kawen muda, kalo aku takutla, apapun tak tahu lagi.""Betul ke nak kawen? Kau tu muda lagi, belajar tinggi-tinggi dulu, kejar cita-cita, nanti dah kawen, susah taw.""Baitul Muslim? Sama je ana tengok, bila dah kawen, sunyi je dari program-program.""Bagaimana saya nak tahu dia adalah jodoh saya dan yang terbaik untuk saya?""Apa perasaan lepas kahwin ni? Ada beza tak?"
"Apa matlamat kita hidup di muka bumi Allah ini?"Apa kaitannya dengan matlamat sebuah perkahwinan?""Kaedah manakah yang kita ambil ke arah sebuah perkahwinan itu?""Bagaimana pula pentarbiyahan selepas perkahwinan?"

Dari individu muslim, kepada keluarga muslim, seterusnya masyarakat Islam, kemudiannya negara Islam.
Niat itu merupakan utama dalam setiap pekerjaan. Sama juga dengan perkahwinan.
Ana quote kata-kata yang sering ana dengar dulu,
"Jika perkahwinan itu merupakan wasilah untuk kita lebih dekat padaNya, kita harus kahwin. Jika perkahwinan itu merupakan wasilah untuk kita terus istiqamah dalam perjuangan Islam, kita harus kahwin. Jika dengan perkahwinan itu juga, kita dapat menjaga level iman kita yang sekarang daripada jatuh, kita harus kahwin. Namun, kahwin bukanlah semudah yang dijangka, tapi, berusahalah semampu dan letaklah keyakinan hanya padaNya".
Matlamat sebuah perkahwinan mestilah seiring dengan matlamat penciptaan kita di muka bumi ini.

Bagi ana, perkenalan sebelum perkahwinan bukanlah segala-galanya. Ana akui ana tidak mengenali siapa Ustaz Zauj yang sebenarnya. Namun, selepas tinggal sebumbung dengan Ustaz Zauj, ana mula mengenali Ustaz Zauj. Dan Alhamdulillah, Allah memberikan yang terbaik bagi ana.
Sejauh manakah kebenarannya perkenalan sebelum perkahwinan? Bukankah kita hanya diperdaya dengan tipu daya syaitan? Ingatlah, sahabat-sahabat bahawa keberkatan sebuah perkahwinan bukan bermula dari saat akad nikah sahaja, namun, ia sudah bermula sejak perkenalan kita lagi, kaedah kita ke arah perkahwinan.

Seterusnya, pentarbiyahan selepas perkahwinan. Ana akan sambung pada post seterusnya. Post ini akan berterusan selagi mana ana terus ditarbiyah di dalam ikatan perkahwinan ini, InsyaAllah.
Di sini, ana tujukan khas lirik lagu Kasihmu Amanahku dari In-Team ini.. Hayatilah bait-bait lagu ini, yang terkandung nasihat dan pedoman untuk pasangan yang akan berkahwin, baru berkahwin, sudah lama berkahwin. Mungkin kita kadang-kadang alpa dengan tugas kita sebagai isteri/suami, namun kembalilah pada syariatNya, itulah yang lebih manis buat kita.
Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.