Tuesday, November 23, 2010

Pernikahan Itu, Sudah Bersediakah?

Bersediakah menghadapi 'akad pernikahan' itu?


Berdebar saat hati Najmina teringatkan detik itu yang bakal muncul. Bersediakah Najmina nanti menghadapi pernikahan yang telah dijanjikan oleh Rabbnya itu? Sudah 21 tahun Najmina disunting, kapankah pernikahan itu akan berlaku? Bukan meminta ia disegerakan, cuma mengingati pernikahan itu, dapat membuatkan Najmina merenung dan berfikir menghitung2 sudah cukupkah amalannya. Ini bukan perjumpaan biasa2, perjumpaan dengan Malaikat Izrail, dengan Malaikat Munkar Nakir dan yang paling agung perjumpaan dengan pemilik hati Najmina, Allah SWT. Pernikahan dengan SAKARATUL MAUT, sejauh manakah Najmina bersedia?
Dengan mengingati kematian, keimanan akan meningkat...

Berfikirlah kerna kamu dikurniakan akal... Dengan berfikirlah, tercetusnya zikrullah, mengingati Allah... Zikrullah bukanlah hanya dengan lafaz, tapi, seharusnya datang dari dalam hati... Mungkin di saat kita bergelak ketawa, saat itulah 'pernikahan' itu terlangsung tanpa kita sedari. Mungkin di saat kita leka dengan urusan duniawi, ia terlangsung. Mungkin di saat kita sibuk dengan urusan2 harian, ia terlangsung. Mahukah kita melangsungkan 'pernikahan' itu dengan keadaan tidak bersedia?

Jika pernikahan dengan seorang hambanya, ada yang membuat preparation sampai 6 bulan sebelum hari itu, mungkin ada yang lebih lagi, mungkin ada yang kurang lagi. Namun, bagaimana pula dengan preparation untuk 'pernikahan' yang terutama ini?  Selama berpuluh2 tahun diberikan tempoh waktu, sebanyak manakah bekalan kita? 

Hisablah dirimu di dunia ini sebelum dirimu dihisab di Hari Perhitungan... Sesungguhnya dirimu paling mengenali setiap milimeter niatmu, dan Yang Maha Halus dan Teliti lebih mengetahui apa yang tersirat dalam hatimu. Muhasabah, menghitung2 amalan serta dosa yang dilakukan selama tempoh yang diberikan ini. Mampukah kita berhadapan dengan Yang Maha Pencipta, bertanggungjawab atas segala amanah yang dipinjamkanNya?

Bersyukurlah dengan nikmat Islam dan Iman yang merupakan nikmat terbesar dariNya. Bersyukur juga di kala tenggelam dengan arus keduniaan ini, kita kadang2 timbul kerna iman padaNya itu. Bersyukurlah di saat imanmu sedang menipis, DIA masih bersama dirimu, tidak pernah meninggalkanmu, malahan DIA menunjukkan kembali jalanNya kepadamu, supaya imanmu kembali meningkat. Bukankah DIA yang paling menyayangimu. Sesungguhnya tiada kasih insani yang mampu menandingi kasih RABBmu...

Ayuh, kita sama2 buat preparation untuk 'pernikahan itu'. Walaupun kadang2 kita terjatuh, kadang2 kita terlupa, kadaang2 kita terlalai, namun kita harus bangkit, tidak boleh berputus asa... Kalau kita gagal untuk 'pernikahan' ini, kitalah golongan yang amat rugi. Nauzubillah,...

Let's heal the wound in our heart with ZIKRULLAH....

Saturday, November 6, 2010

Bilakah Kelemahanku Ini Dapat Diatasi?

Hari ni, hanyalah sesi luahan hatiku... Hati yang resah gelisah ini...

Duhai hati,
Kenapakah dikau tidak pernah berhenti?
Tidak pernah berhenti memikirkan hal2 keduniaan,
Tidak pernah berhenti memikirkan hal2 yang tidak penting...

Duhai hati,
Tahukah dikau...
Terlalu banyak tanggungjawab yang telah diamanahkan,
Kenapa dikau masih lesu,
Kenapa dikau masih resah gelisah.

Duhai hati,..
Tatkala dikau sakit,
Kenapakah dikau menjauhkan diri dari penciptaMu,
Tahukah dikau tiada yang dapat menjadi penawar hatimu...
Selain dari DIA...

Duhai hati,
Yang sentiasa berbolak-balik,
Yang sentiasa melakukan kesilapan,
Kenapakah tiada anjakan perubahan setelah dikau menyedarinya?

Duhai hati,
Kembalilah pada Yang Maha Esa,
Sesungguhnya dikau punya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Pemilik hatimu yang hakiki.

Jadi,
Duhai hati,
Apa yang perlu dikau gusarkan lagi?....

Thursday, November 4, 2010

Ghaziah Ghamirah ?

Al-Ma'thurat is a compilation of important Quranic verses and the authentic ahadith. It is presented in the form of a wird (litany) to be recited every morning and evening. Al-Ma'thurat was compiled by Imam Shahid Hasan al-Banna, the founder of the Muslim Brotherhood, who strove to establish the perpetual remembrance of Allah in all spheres of life.
Usai sahaja membaca zikir Al-Mathurat yang sering diamalkannya, Nazma beransur pulang dari masjid ke asramanya. Petang ni, tak sesibuk hari kebiasaannya. Hari2 biasanya, ada kitab Sohih Muslim, lepas tu, pengajian di rumah Ustazah Salma. Ada jugak masa terluang untuk Nazma merenung dan muhasabah hari2 dalam hidupnya yang sudah menghampiri 21 tahun. 

Sampai sahaja di bilik, budak-budak bilik mula bising, bukan bising membingitkan telinga, tapi, bising nak borak2 dengan Nazma... Alhamdulillah, syukur tidak terhingga padaNya, yang menghadiahkan persahabatan ini. Masih segar ingatan Nazma, bagaimana sikap Salsabila dan adiknya, Mardhiah dahulu yang jauh bezanya dengan sekarang. Mereka dah banyak berubah, lebih bersemangat. Dan Nazma hanya mampu mengukir senyuman pada mereka. Moga semangat ini akan berterusan.

Sekadar gambar hiasan
Sudah hampir 4 bulan Nazma mengembara di madrasah ini, dan sekarang Nazma sangat sayang pada madarasah ni, pelajar2nya, juga tenaga pengajarnya. Rasa seperti mahu berada di sini sampai ke akhir hayat, namun Nazma akur ianya mustahil. Tapi, pengembaraan ilmu masih akan berjalan di mana jua Nazma berada. Itulah azamnya.

Hari ini, sudah seharian Nazma tidak membuka telefon bimbitnya.. "3 new messages". Begitulah kebiasaannya, entah apa yang Nazma asyik sibuk, hinggakan jarang sekali dia dapat memegang telefonnya itu, kecuali sebelum tidur dan waktu2 terluang. Ada satu mesej dari seorang yang mengunjungi blog ini, "Saya ada baca blog kamu, menarik, cuma yang saya tertanya kenapa dinamakan "GHAZIAH GHAMIRAH"?" 

Sekadar gambar hiasan

Ghaziah ertinya 'Pejuang'. Ghamirah pula ertinya 'Yang Mengembara'. Jadi, Ghaziah Ghamirah bermakna "PEJUANG YANG MENGEMBARA". Kenapa dinamakan Ghaziah Ghamirah? Biarlah ia menjadi rahsia hati Nazma Munirah buat masa sekarang. Mungkin akan tiba satu masa nanti, Nazma menceritakannya.


Jadi buat yang tertanya apa maksud Ghaziah Ghamirah, sudah terjawab ye...  
Berjumpa lagi di entri akan datang...

Thursday, October 7, 2010

Ujian di dalam Pengembaraan Ini

"Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMu dan ketaatan padaMu, berikanlah hati yang resah gelisah ini ketenangan, berikanlah ku petunjuk ke jalan yang diredhaiMu, sesungguhnya aku lemah, Ya Allah, lindungilah aku di mana jua aku berada, rahmatilah aku, 
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... 
Amin,, Ya Rabbul 'Alamin"

Ujian tidak pernah berhenti. Apabila kita ditimpa ujian, ucaplah, "Innalillahi wa inna lillahi raji'un", maknanya "Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali". Ucapan ini sering disalah tafsir oleh sesetengah orang, bahawa ianya hanya disebut sewaktu ada kematian sahaja. Sesungguhnya tidak, pabila kita atau sesiapa sahaja ditimpa musibah, kita digalakkan menyebut ucapan ini, menunjukkan bahawa lemahnya kita sebagai seorang hamba, menunjukkan semua yang terjadi adalah di dalam Qudrat Allah (Kuasa) dan Iradat Allah (Kehendak). 

Dan sesungguhnya Allah berfirman, 
" Maha Suci Allah yang menguasai segala kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun" [Al-Mulk ; 1-2]

Hati ini sering mendengar ayat2 ini tatkala sebelum tidur, namun hati ini sungguh lemah. Bila ujian melanda, diri ini jatuh tersungkur. Sukar untuk kembali bangun. Sungguh, diri ini belum betul2 mengenal diriku. "Awwalu deen ma'rifatu Allah" yang bererti awal2 agama itu adalah dengan mengenal Allah. Dengan mengenal Yang Maha Pencipta, barulah kita dapat kenal diri kita, yang diciptakan ini,,,

Namun, bagaimana jika dalam pengembaraan mengenal Yang Maha Pencipta, diri ini tiba2 diuji dengan ujian yang berat, hingga diri ini hampir hilang?

"Ya Allah, aku betul2 tidak mengerti apa yang terjadi pada diriku ini. Ya Allah, lindungilah hatiku, pimpinlah  daku yang lemah ini mengharungi segalanya dengan sabar. Berikanlah aku keyakinan yang teguh, lidah yang sentiasa berzikir padaMu, dan badan yang sentiasa beribadah kepadaMu"

Saat ini, aku berada di rumah. Ku pulang untuk mendapatkan sedikit masa dan ruang untuk menenangkan hati yang resah gelisah ini, badan yang kurang sihat ini. Berikanlah aku apa yang terbaik di sisiMu...


Cita2ku hanya satu, hidup dan mati hanya dalam keredhaan dan rahmatMu, Ya Allah. Ku ingin menempah syurgaMu walaupun ku tahu ku tidak layak, anugerahilah daku apa yang Kau berikan pada hamba2Mu yang solihin.. Amin...





Friday, October 1, 2010

Mengorbankan Yang Tercinta Demi Yang Tersayang

Alhamdulillah, masih lagi diberi ruang masa olehNya untuk terus mencoretkan pengembaraan ini. Saat ini, Nazma berada di rumah. Tajuk post kali ni agak jiwang...hehe... Mengorbankan Yang Tercinta di sini ialah meninggalkan pengembaraan ku di pondok sekejap, Demi Yang Tersayang di sini ialah Azhad Fadhiri, demi bertemu buat pertama kalinya dengan anak saudaraku ini.... Comel bangat sih mukanya, terus sejuk hati ini... Azhad, moga dirimu mengikuti jejak arwah pak sedaramu, menjadi anak yang soleh ya... :-)


Seminggu pengembaraanku kali ini, huh, pelbagai ujian ditempuhi, namun hanya Dia yang menilai setiap amalku dan dosaku, kesabaran atau  ketidaksabaranku. Moga semuanya dalam lindunganNya.


Ku teruskan pengembaraan ilmu ini keranaMu, Ya Allah, Ya Rabbi... Sabda Nabi, "Menuntut ilmu itu adalah wajib atas setiap muslimin dan muslimat". Menuntut ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu fardhu ain. Ilmu fardhu ain terbahagi kepada tauhid, feqah dan tasawuf. Tauhid ialah satu cabang ilmu dalam kita mengesakan Allah, mengenali Allah. Feqah pula adalah cabang ilmu untuk kita beribadah kepada Allah Al-Khaliq, Allah Yang Maha Mencipta. Manakala, tasawuf pula satu cabang ilmu dalam memperbentuk diri kita dengan akhlak yang hasanah(baik), memperelokkan lagi diri kita...


Mungkin pada pandangan umum, ramai yang anggap ilmu fardu ain ini hanya dengan sebelah mata. Tapi, hakikatnya, ilmu inilah yang pertama2nya perlu dihadam oleh stiap muslimin dan muslimat. Berbeda dengan hakikat masa kini, kita melebihkan ilmu duniawiyyah yang merupakan fardhu kifayah kepada kita. Kita lupa bahawa, anak2 kita perlu dicorakkan dengan ilmu agama dahulu kerana permusafiran di dunia ini yang sementara ini, destinasinya adalah di akhirat sana yang kekal selama-lamanya.


Hari ni, kita dapat lihat bagaimana agama diasingkan dengan urusan2 kita yang lain. Misalnya, peruntukan masa solat dalam sesetengah program/aktiviti tidak dititikberatkan, hanya diambil mudah. Berapa ramai umat Islam di Malaysia? berapa ramai yang solat 5 kali sehari semalam? berapa ramai yang solatnya sempurna? DAN teruskan dengan menimbulkan persoalan pada diri, adakah solatku diterima oleh Yang Maha Esa? Adakah solatku dapat melepasi ketujuh2 lapisan langit, atau sudah ditolak sebelum lapisan langit pertama lagi? ... Sabda Nabi, "Di akhir zaman, ramai dari umatku yang solat tapi sebenarnya tidak solat".






Ayuh, Sama-sama kita koreksi diri kembali, muhasabah diri... Cuba kita check kembali buku Mari Belajar Sembahyang yang anak2 atau adik2 kita guna sekarang. Jangan malu, jangan segan, demi kesempurnaan solat kita. Cuba perhatikan satu2, adakah kita melepasi syarat2 sah sembahyang, rukun2 sembahyang, perkara2 membatalkan sembahyang... Cuba mendalaminya walau di mana kita berada... Cuba rujuk dengan orang yang alim...


Sabda Nabi, "Awal-awal agama itu adalah dengan mengenal Allah". Bagaimana kita mahu melakukan ibadah dengan seluruh hati kita sedangkan kita tidak mengenal Al-Khaliq, yang telah menciptakan kita.. Kenali Allah dengan ilmu.. Ayuh kita sama2 mencari ilmu dalam mengenal Allah, dalam mengesakan Allah.


Sabda Nabi, "Di akhir zaman, umatku akan berpecah kepada 70 puak, tapi, hanya satu puak yang masuk syurga". Sahabat bertanya,"puak apakah itu". Jawab nabi,"Ahli Sunnah Wal Jamaah"... Carilah yang hak, tinggalkanlah yang batil.
Setakat ini sahaja coretan kali ini.Coretan pengembaraan ini hanyalah sekadar perkongsian dari insan yang lemah ini. Moga yang membaca dapat manfaatnya, jika ada yang tersalah, mohon ada yang sudi membetulkan. Wassalam.


Wednesday, September 1, 2010

Secebis Kata-Kata Pembuka Tirai

Alhamdulillah, syukur kepada Allah,... akhirnya, blog ini di'create'kan... Sudah agak lama mengitung2 untuk berblog atau tidak. Alasan yang paling kerap digunakan adalah 'sibuk'. Hakikatnya, kita sentiasa sibuk. tapi, apa salahnya luangkan sedikit masa kita untuk menulis sesuatu yang insyaallah, bermanfaat pada orang lain.

'kak ngah' - nama panggilan ana di rumah. Gambar diambil dari picture profile ana di murabbi.net

Sebagaimana Nabi bersabda, "Sampaikanlah darimu walaupun sepotong ayat". 

Umumnya, di blog ini, ana akan mencoretkan hal2 semasa. Khususnya, ana akan mencoretkan pengembaraan ana, yang telah lalu, yang sedang dilalui... dan insyaallah yang akan datang nanti... Ambillah pengajaran dan nilai yang dirasakan baik dan bermanfaat. Tinggallah segala yang kurang baik... kerna, itu adalah kelemahan ana sendiri, hamba yang masih dalam permusafiran menuju jalan yang diredhaiNya.

Wait for the first episode of this journey, insyaallah, will be released as soon as possible...


Nukilan,
Nazma Munirah (Bintang Bercahaya)