Friday, October 1, 2010

Mengorbankan Yang Tercinta Demi Yang Tersayang

Alhamdulillah, masih lagi diberi ruang masa olehNya untuk terus mencoretkan pengembaraan ini. Saat ini, Nazma berada di rumah. Tajuk post kali ni agak jiwang...hehe... Mengorbankan Yang Tercinta di sini ialah meninggalkan pengembaraan ku di pondok sekejap, Demi Yang Tersayang di sini ialah Azhad Fadhiri, demi bertemu buat pertama kalinya dengan anak saudaraku ini.... Comel bangat sih mukanya, terus sejuk hati ini... Azhad, moga dirimu mengikuti jejak arwah pak sedaramu, menjadi anak yang soleh ya... :-)


Seminggu pengembaraanku kali ini, huh, pelbagai ujian ditempuhi, namun hanya Dia yang menilai setiap amalku dan dosaku, kesabaran atau  ketidaksabaranku. Moga semuanya dalam lindunganNya.


Ku teruskan pengembaraan ilmu ini keranaMu, Ya Allah, Ya Rabbi... Sabda Nabi, "Menuntut ilmu itu adalah wajib atas setiap muslimin dan muslimat". Menuntut ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu fardhu ain. Ilmu fardhu ain terbahagi kepada tauhid, feqah dan tasawuf. Tauhid ialah satu cabang ilmu dalam kita mengesakan Allah, mengenali Allah. Feqah pula adalah cabang ilmu untuk kita beribadah kepada Allah Al-Khaliq, Allah Yang Maha Mencipta. Manakala, tasawuf pula satu cabang ilmu dalam memperbentuk diri kita dengan akhlak yang hasanah(baik), memperelokkan lagi diri kita...


Mungkin pada pandangan umum, ramai yang anggap ilmu fardu ain ini hanya dengan sebelah mata. Tapi, hakikatnya, ilmu inilah yang pertama2nya perlu dihadam oleh stiap muslimin dan muslimat. Berbeda dengan hakikat masa kini, kita melebihkan ilmu duniawiyyah yang merupakan fardhu kifayah kepada kita. Kita lupa bahawa, anak2 kita perlu dicorakkan dengan ilmu agama dahulu kerana permusafiran di dunia ini yang sementara ini, destinasinya adalah di akhirat sana yang kekal selama-lamanya.


Hari ni, kita dapat lihat bagaimana agama diasingkan dengan urusan2 kita yang lain. Misalnya, peruntukan masa solat dalam sesetengah program/aktiviti tidak dititikberatkan, hanya diambil mudah. Berapa ramai umat Islam di Malaysia? berapa ramai yang solat 5 kali sehari semalam? berapa ramai yang solatnya sempurna? DAN teruskan dengan menimbulkan persoalan pada diri, adakah solatku diterima oleh Yang Maha Esa? Adakah solatku dapat melepasi ketujuh2 lapisan langit, atau sudah ditolak sebelum lapisan langit pertama lagi? ... Sabda Nabi, "Di akhir zaman, ramai dari umatku yang solat tapi sebenarnya tidak solat".






Ayuh, Sama-sama kita koreksi diri kembali, muhasabah diri... Cuba kita check kembali buku Mari Belajar Sembahyang yang anak2 atau adik2 kita guna sekarang. Jangan malu, jangan segan, demi kesempurnaan solat kita. Cuba perhatikan satu2, adakah kita melepasi syarat2 sah sembahyang, rukun2 sembahyang, perkara2 membatalkan sembahyang... Cuba mendalaminya walau di mana kita berada... Cuba rujuk dengan orang yang alim...


Sabda Nabi, "Awal-awal agama itu adalah dengan mengenal Allah". Bagaimana kita mahu melakukan ibadah dengan seluruh hati kita sedangkan kita tidak mengenal Al-Khaliq, yang telah menciptakan kita.. Kenali Allah dengan ilmu.. Ayuh kita sama2 mencari ilmu dalam mengenal Allah, dalam mengesakan Allah.


Sabda Nabi, "Di akhir zaman, umatku akan berpecah kepada 70 puak, tapi, hanya satu puak yang masuk syurga". Sahabat bertanya,"puak apakah itu". Jawab nabi,"Ahli Sunnah Wal Jamaah"... Carilah yang hak, tinggalkanlah yang batil.
Setakat ini sahaja coretan kali ini.Coretan pengembaraan ini hanyalah sekadar perkongsian dari insan yang lemah ini. Moga yang membaca dapat manfaatnya, jika ada yang tersalah, mohon ada yang sudi membetulkan. Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.