
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran atas segala nikmat kurniaanNya yang tidak pernah putus untuk hamba-hambaNya. Entry ini mula ditulis pada hari genap 5 bulan pernikahan ana dengan Ustaz Zauj. Banyak ujian dan dugaan yang ana hadapi untuk terus menulis, antaranya kekangan masa yang dipenuhi dengan tanggungjawab seorang isteri, juga seorang pengurus dalam satu syarikat serta tugasan juga aktiviti luar setiap hujung minggu. Di waktu ana menghitung-hitung kesibukan ana, sebenarnya ana terlupa bahawa tugas sebagai seorang daie tidak terhenti. Syukran buat Ustaz Zauj yang sentiasa mengingatkan diri ini yang mudah lalai dan alpa.

Dihujani dengan soalan-soalan mengenai perkahwinan, ana rasa bertanggungjawab untuk menulis perkongsian ilmu ini. Dengan usia perkahwinan yang masih terlalu singkat ini, ana kongsikan setakat kemampuan ana. Ana bukanlah orang yang selayaknya, maka, segala yang baik boleh dijadikan ikutan, segala yang tidak baik, mohon tidak diikut serta tegurlah diri yang serba kekurangan ini.
Inilah antara soalan-soalan yang ditanyakan kepada ana.
"Beraninya Nazma kawen muda, kalo aku takutla, apapun tak tahu lagi."

"Baitul Muslim? Sama je ana tengok, bila dah kawen, sunyi je dari program-program."
"Bagaimana saya nak tahu dia adalah jodoh saya dan yang terbaik untuk saya?"
"Apa perasaan lepas kahwin ni? Ada beza tak?"
"Apa matlamat kita hidup di muka bumi Allah ini?
"Apa kaitannya dengan matlamat sebuah perkahwinan?"
"Kaedah manakah yang kita ambil ke arah sebuah perkahwinan itu?"
"Bagaimana pula pentarbiyahan selepas perkahwinan?"
Pelbagai persoalan ini akan ana rungkaikan dalam post berikutnya dalam entry "Baitul Muslim, Baitul Haraki".
"Pentarbiyahan baitul muslim tidak terhenti apabila saat lafaz sakinah. Ianya perlu berterusan bagi menjadikan baitul muslim itu kepada baitul haraki yang lebih jelas matlamatnya. Apabila NIAT kita bermasalah, bukanlah NAMA Baitul Muslim itu yang perlu disalahkan, namun, kita sendiri yang perlu bermuhasabah."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.