Friday, January 28, 2011

Cintailah Allah.... Adakah Ianya Juga Bermusim?

Musim bunga begitu indah... Adakah cinta kita kepadaNya juga bermusim?

Setelah 2 bulan lebih membiarkan blog ni bersarang, akhirnya Nazma cuba mencoretkan sesuatu untuk tatapan dirinya dan juga pengunjung blog Ghaziah Ghamirah ini...

Mungkin inilah yang dimaksudkan Nazma mengenai bermusim... Kenapa tidak dia sentiasa setia mencoretkan di sini? Kenapa bila saat sesuatu benar2 menghimpit, barulah dirinya hendak meluahkan... Mungkin juga cintanya pada Yang Maha Esa, pasang surut bukan.. Nazma pasrah kerna dia hamba yang selalu alpa dan lalai. Sedih mengenangkan dirinya yang punya iman selemah itu...Namun serahkanlah segalanya hanya pada Yang Maha Esa... Moga penghujung hidup Nazma dalam keadaan beriman kepadaNya, dan moga Nazma sentiasa dalam rahmah Penciptanya yang Maha Pengasih dan Penyayang.

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah2 perhiasan adalah wanita solehah". Seringkali kita mendengar kata-kata ini. Namun sejauh manakah kita menghayatinya... Sejauh manakah kita menanam dalam sudut hati kita untuk menjadi seindah2 perhiasan itu? Dan setinggi manakah kita berusaha? Angan-angan mungkin sudah lama kita pasangkan, namun sejauh manakah usaha kita? Dan yang pasti, matlamat wanita solehah itu hanya satu, mencari Redha Allah...

Bagai langit dengan bumi, Nazma merasakan dia begitu jauh dengan cita-citanya itu... Setiap insan diuji, namun Nazma sentiasa lemah mengharungi ujianNya, itulah yang menyebabkan Nazma berasa jauh dengan cita2nya itu... Sesungguhnya umat Islam yang kuat itu Allah lebih sukai dari umat Islam yang lemah...

Nazma jatuh lagi dan tersungkur lagi... Kerap kali dia jatuh, kadang2 merasakan begitu penat dalam pengembaraannya itu. Namun, masih ada secebis iman yang mendorongnya supaya terus tabah dan sabar.. Jauh di sudut hatinya, masih ada sinar kecil harapan bahawa akan tiba satu saat dirinya akan berjaya, menjadi wanita solehah.... Yang hanya mengharapkan Cinta Ilah semata2. Tiada yang lain. Nazma masih berharap, walaupun hatinya gelap dengan dosa2 lalunya... Nazma masih berharap, Nur Ilahi akan menerangi hatinya kembali. Dan Rahmah Ilahi tidak pernah hilang dari diri Nazma....

 
Just smile, and there's no problem that u can't overcome as long as Allah alway with u.... ^_^
Dan biarkan bunga itu berkembang mekar di dalam pagar berduri...