Thursday, October 7, 2010

Ujian di dalam Pengembaraan Ini

"Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMu dan ketaatan padaMu, berikanlah hati yang resah gelisah ini ketenangan, berikanlah ku petunjuk ke jalan yang diredhaiMu, sesungguhnya aku lemah, Ya Allah, lindungilah aku di mana jua aku berada, rahmatilah aku, 
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... 
Amin,, Ya Rabbul 'Alamin"

Ujian tidak pernah berhenti. Apabila kita ditimpa ujian, ucaplah, "Innalillahi wa inna lillahi raji'un", maknanya "Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali". Ucapan ini sering disalah tafsir oleh sesetengah orang, bahawa ianya hanya disebut sewaktu ada kematian sahaja. Sesungguhnya tidak, pabila kita atau sesiapa sahaja ditimpa musibah, kita digalakkan menyebut ucapan ini, menunjukkan bahawa lemahnya kita sebagai seorang hamba, menunjukkan semua yang terjadi adalah di dalam Qudrat Allah (Kuasa) dan Iradat Allah (Kehendak). 

Dan sesungguhnya Allah berfirman, 
" Maha Suci Allah yang menguasai segala kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun" [Al-Mulk ; 1-2]

Hati ini sering mendengar ayat2 ini tatkala sebelum tidur, namun hati ini sungguh lemah. Bila ujian melanda, diri ini jatuh tersungkur. Sukar untuk kembali bangun. Sungguh, diri ini belum betul2 mengenal diriku. "Awwalu deen ma'rifatu Allah" yang bererti awal2 agama itu adalah dengan mengenal Allah. Dengan mengenal Yang Maha Pencipta, barulah kita dapat kenal diri kita, yang diciptakan ini,,,

Namun, bagaimana jika dalam pengembaraan mengenal Yang Maha Pencipta, diri ini tiba2 diuji dengan ujian yang berat, hingga diri ini hampir hilang?

"Ya Allah, aku betul2 tidak mengerti apa yang terjadi pada diriku ini. Ya Allah, lindungilah hatiku, pimpinlah  daku yang lemah ini mengharungi segalanya dengan sabar. Berikanlah aku keyakinan yang teguh, lidah yang sentiasa berzikir padaMu, dan badan yang sentiasa beribadah kepadaMu"

Saat ini, aku berada di rumah. Ku pulang untuk mendapatkan sedikit masa dan ruang untuk menenangkan hati yang resah gelisah ini, badan yang kurang sihat ini. Berikanlah aku apa yang terbaik di sisiMu...


Cita2ku hanya satu, hidup dan mati hanya dalam keredhaan dan rahmatMu, Ya Allah. Ku ingin menempah syurgaMu walaupun ku tahu ku tidak layak, anugerahilah daku apa yang Kau berikan pada hamba2Mu yang solihin.. Amin...





Friday, October 1, 2010

Mengorbankan Yang Tercinta Demi Yang Tersayang

Alhamdulillah, masih lagi diberi ruang masa olehNya untuk terus mencoretkan pengembaraan ini. Saat ini, Nazma berada di rumah. Tajuk post kali ni agak jiwang...hehe... Mengorbankan Yang Tercinta di sini ialah meninggalkan pengembaraan ku di pondok sekejap, Demi Yang Tersayang di sini ialah Azhad Fadhiri, demi bertemu buat pertama kalinya dengan anak saudaraku ini.... Comel bangat sih mukanya, terus sejuk hati ini... Azhad, moga dirimu mengikuti jejak arwah pak sedaramu, menjadi anak yang soleh ya... :-)


Seminggu pengembaraanku kali ini, huh, pelbagai ujian ditempuhi, namun hanya Dia yang menilai setiap amalku dan dosaku, kesabaran atau  ketidaksabaranku. Moga semuanya dalam lindunganNya.


Ku teruskan pengembaraan ilmu ini keranaMu, Ya Allah, Ya Rabbi... Sabda Nabi, "Menuntut ilmu itu adalah wajib atas setiap muslimin dan muslimat". Menuntut ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu fardhu ain. Ilmu fardhu ain terbahagi kepada tauhid, feqah dan tasawuf. Tauhid ialah satu cabang ilmu dalam kita mengesakan Allah, mengenali Allah. Feqah pula adalah cabang ilmu untuk kita beribadah kepada Allah Al-Khaliq, Allah Yang Maha Mencipta. Manakala, tasawuf pula satu cabang ilmu dalam memperbentuk diri kita dengan akhlak yang hasanah(baik), memperelokkan lagi diri kita...


Mungkin pada pandangan umum, ramai yang anggap ilmu fardu ain ini hanya dengan sebelah mata. Tapi, hakikatnya, ilmu inilah yang pertama2nya perlu dihadam oleh stiap muslimin dan muslimat. Berbeda dengan hakikat masa kini, kita melebihkan ilmu duniawiyyah yang merupakan fardhu kifayah kepada kita. Kita lupa bahawa, anak2 kita perlu dicorakkan dengan ilmu agama dahulu kerana permusafiran di dunia ini yang sementara ini, destinasinya adalah di akhirat sana yang kekal selama-lamanya.


Hari ni, kita dapat lihat bagaimana agama diasingkan dengan urusan2 kita yang lain. Misalnya, peruntukan masa solat dalam sesetengah program/aktiviti tidak dititikberatkan, hanya diambil mudah. Berapa ramai umat Islam di Malaysia? berapa ramai yang solat 5 kali sehari semalam? berapa ramai yang solatnya sempurna? DAN teruskan dengan menimbulkan persoalan pada diri, adakah solatku diterima oleh Yang Maha Esa? Adakah solatku dapat melepasi ketujuh2 lapisan langit, atau sudah ditolak sebelum lapisan langit pertama lagi? ... Sabda Nabi, "Di akhir zaman, ramai dari umatku yang solat tapi sebenarnya tidak solat".






Ayuh, Sama-sama kita koreksi diri kembali, muhasabah diri... Cuba kita check kembali buku Mari Belajar Sembahyang yang anak2 atau adik2 kita guna sekarang. Jangan malu, jangan segan, demi kesempurnaan solat kita. Cuba perhatikan satu2, adakah kita melepasi syarat2 sah sembahyang, rukun2 sembahyang, perkara2 membatalkan sembahyang... Cuba mendalaminya walau di mana kita berada... Cuba rujuk dengan orang yang alim...


Sabda Nabi, "Awal-awal agama itu adalah dengan mengenal Allah". Bagaimana kita mahu melakukan ibadah dengan seluruh hati kita sedangkan kita tidak mengenal Al-Khaliq, yang telah menciptakan kita.. Kenali Allah dengan ilmu.. Ayuh kita sama2 mencari ilmu dalam mengenal Allah, dalam mengesakan Allah.


Sabda Nabi, "Di akhir zaman, umatku akan berpecah kepada 70 puak, tapi, hanya satu puak yang masuk syurga". Sahabat bertanya,"puak apakah itu". Jawab nabi,"Ahli Sunnah Wal Jamaah"... Carilah yang hak, tinggalkanlah yang batil.
Setakat ini sahaja coretan kali ini.Coretan pengembaraan ini hanyalah sekadar perkongsian dari insan yang lemah ini. Moga yang membaca dapat manfaatnya, jika ada yang tersalah, mohon ada yang sudi membetulkan. Wassalam.